Selasa, 9 Oktober 2012

Scleroderma

Apa dia Scleroderma?

Scleroderma ialah sejenis penyakit yang luar biasa, "chronic autoimmune disease". Penyakit ini telahpun menyerang 150,000 (1) hingga 500,000 (2) rakyat Amerika, khususnya kaum wanita yang berumur diantara 30 hingga 50 tahun. Kejadian ini berlaku pada anggaran 30 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk dan nisbah diantara perempuan dengan lelaki pula ialah empat perempuan kepada seorang lelaki.

Kesukaran Diagnosis

Oleh kerana penyakit ini daripada jenis yang luar biasa dan tidak ramai Doktor yang pakar mengenainya, diagnosis yang tepat tentang penyakit ini sukar dilakukan dalam masa yang singkat. Pada peringkat awal, simptom penyakit ini menyerupai lain-lain penyakit "connective tissue diseases", contohnya seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid Arthritis (sebahagian daripada contoh-contoh penyakit). Keadaan ini menyebabkan pesakit terpaksa menanggung penderitaan yang begitu lama sehinggalah mereka dapat didiagnoskan dengan sahih mengidap penyakit ini. (4) Lihat Kesukaran Diagnosis (English).

Jenis-jenis Scleroderma

Terdapat dua jenis utama penyakit Scleroderma, iaitu "Localized" dan "Systemic". Jenis "localized" pula dipecahkan kepada dua jenis iaitu "Morphea" dan "Linear". Jenis ini hanya menyerang kulit (kadangkala tissu di bawah kulit) tetapi tidak menyerang lain-lain organ di dalam badan. Lihat Jenis-jenis Scleroderma (English).

Jenis "Systemic" Scleroderma

Jenis "Systemic" pula menyebabkan "fibrosis" (scar tissue) berlaku pada kulit dan/atau organ-organ di dalam badan. "Fibrosis" akan menyebabkan kulit dan organ-organ yang kena serangan penyakit ini menjadi keras. Keganjilan ini menyebabkan penyakit Scleroderma lebih popular di kenali sebagai "penyakit yang mengubah manusia menjadi batu".

Punca-punca Scleroderma

Punca-punca yang menyebabkan penyakit Scleroderma masih belum diketahui hingga hari ini. Ada beberapa kes Scleroderma disahkan berlaku kerana pesakit telah terdedah kepada bahan kimia. Genetik, 'fetal cells" dan Virus mungkin juga menjadi penyebab kepada meningkatnya jumlah pesakit Scleroderma. Lihat Punca-punca Scleroderma (English).

Tidak berjangkit atau Cancerous

Scleroderma tidak diklasifikasikan sebagai penyakit mudah berjangkit (contagious) (1). Ini bermakna anda tidk akan mendapat penyakit Scleroderma dengn berjabat tangan, berdakap, mengadakan hubungan seksual, berkongsi utensil makan, batuk atau selsema. Ianya juga bukan sejenis kanser. (1)

Simptom dan Rawatan

Pada masa ini tidak ada jenis rawatan sahih yang boleh menyembuhkan penyakit Scleroderma. Bagaimanapun, terdapat rawatan terapi yang efektif bagi mengubati simptom-simptom (tanda/pertanda penyakit) bagi penyakit Scleroderma. Kebanyakan simptom yang disenaraikan dalam web ini adalah daripada jenis "Diffuse Scleroderma". Lihat kekunci "Medical" (English).  

Ujian Klinikal

Terdapat beberapa ujikaji terapi yang telah menampakkan kejayaan bagi merawat penyakit Scleroderma. Ini termasuklah "Stem Cell Transfusion" (BMT) dan Relaxin. Lihat Percubaan Klinika (English).

See Also

Penyakit Scleroderma

Tiada ulasan: