Jumaat, 11 Mac 2011

Fosfatt

 




Fosfatt

Apabila ginjal gagal berfungsi, fosfat didapati susah disingkirkan daripada badan dan akan
terkumpul dalam darah.
Aras fosfat tinggi dalam darah akan menarik kalsium daripada tulang dan menyebabkan
tulang menjadi lemah dan rapuh. Malah kompoun kalsium fosfat yang keras ini akan
terkumpul di tisu lembut dan mengakibatkan kegatalan, kesakitan otot, kalsifikasi jantung,
kulit, sendi dan salur darah.
Mengawal aras fosfat darah dalam julat normal adalah sangat penting. Anda haruslah
mengelakkan atau mengurangkan kekerapan dan kuantiti pengambilan makanan tinggi
kandungan fosfat untuk mengawal fosfat dengan berkesan.
Elakkan makanan tinggi fosfat seperti ditunjukkan di bawah apabila aras fosfat darah anda
melebihi julat normal.
Susu dan produk tenusu mempunyai kandungan kalsium dan fosfat yang tinggi.
Oleh itu, anda hanya boleh mengambil satu hidangan produk tenusu sehari.
Saranan penting untuk mengawal fosfat dengan berkesan!!
Sentiasa mengambil ubat Pengikat Fosfat (Ubat kalsium) bersama hidangan makanan dan
snek. Ini akan mengurangkan kandungan fosfat yang diserap daripada makanan.
Anda disarankan mengambil biji ubat Pengikat Fosfat sehari.
Sila hubungi pakar pemakanan untuk sebarang pertanyaan.
Susu (200ml / hidangan) Tulang (kaki atau kepak ayam, stok sup)
Yogurt / Dadih (150g / hidangan) Ikan dengan edible bone (e.g. Ikan sardin dalam tin)
Keju (3 oz / hidangan) Organ dalaman haiwan (e.g hati, ginjal)
Kuning telur
Kekacang dan hasil produk
(e.g. Tauhoo, susu soya, mentega kacang) Pati (Marmite/Bovril)
Biji benih dan hasil produk Ikan Bilis
(e.g. minyak bijan) Udang kering
Kelapa dan hasil produk (e.g. santan) Ikan kering
Cendawan kering
Minuman Cola / Soda berwarna gelap Seaweed
Minuman mengandungi malt dan koko
Biskut berisi keju, kacang dan coklat Oats
Muesli/ weetabix
Coklat Nasi merah
Keropok (ikan dan udang) Roti / biskut penuh gandum
Susu dan produk tenusu mempunyai kandungan kalsium dan fosfat yang tinggi.
Oleh itu, anda hanya boleh mengambil satu hidangan produk tenusu sehari.

Anda disarankan mengambil 2 sudu Minuman Botani 2 jam sebelum tidur
1 cawan susu kambing Proherbs

Tiada ulasan: