Sabtu, 18 Disember 2010

Rawatan Herba mempunyai peratus tinggi menyembuhkan penyakit

Kebanyakan manusia bagaikan membenarkan apa sahaja yang di syorkan untuk diambil dalam merawat diri.
Ubatan yang pelbagai warna,bentuk dan sukatan dos tidak dapat di tolak kerana itulah jalan akhir bagi manusia.Sudah sekian lama saintis memainkan peranan besar dalam bidang penciptaan ubatan moden dari bentuk cecair hinggalah kepada pil seterusnya mesin-mesin yang sangat menakutkan.Dengan peruntukan yang sangat besar boleh dikatakan hampir semua penyakit sudah ada ubatnya dari sakit yang ringan sehinggalah kepada penyakit yang sangat kronik.
Manusia juga bagaikan tidak kisah langsung jika tubuh badan mereka dijadikan bahan kajian untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan ubat ubatan tersebut,sama ada sedar atau tidak akan kesan sampingan yang akan di terima sedangkan umum mengetahui kesan sampingan tersebut sebenarnya
akan menjadi igauan seumur hidup.
Berapa ramaikah  masyarakat dunia sedar bahawa ubatan moden ini sebenarnya mempunyai seratus peratus potensi penambah penyakit baru kepada manusia maksud disini bermula dengan kencing manis kemudian darah tinggi ataupun gout kemudian barah usus kemudian ucapan hiba Selamat Datang Penyakit Buah Pinggang.
Memang benar ubatan akan disediakan dan sudah khusus secara langsung walau apa jenis penyakit sekalipun sudah ada ubatnya,berapa ramai yang ingin tahu ubat ini  diperbuat daripada bahan apa,halalkah ia jika dimakan adakah pula manusia lain telah sembuh selepas mengambilnya.Jawapan yang sebenar sudah tentulah amat menyedihkan.Sedangkan Rasullullah telah bersabda jika berubat dengan yang haram itu bukanlah ubat tetapi penyakit.

Tiada ulasan: