Apa dia Scleroderma? |
|||||
Scleroderma ialah sejenis penyakit yang luar biasa, "chronic autoimmune disease". Penyakit ini telahpun menyerang 150,000 (1) hingga 500,000 (2) rakyat Amerika, khususnya kaum wanita yang berumur diantara 30 hingga 50 tahun. Kejadian ini berlaku pada anggaran 30 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk dan nisbah diantara perempuan dengan lelaki pula ialah empat perempuan kepada seorang lelaki. | |||||
Kesukaran Diagnosis |
|||||
Oleh kerana penyakit ini daripada jenis yang luar biasa dan tidak ramai Doktor yang pakar mengenainya, diagnosis yang tepat tentang penyakit ini sukar dilakukan dalam masa yang singkat. Pada peringkat awal, simptom penyakit ini menyerupai lain-lain penyakit "connective tissue diseases", contohnya seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid Arthritis (sebahagian daripada contoh-contoh penyakit). Keadaan ini menyebabkan pesakit terpaksa menanggung penderitaan yang begitu lama sehinggalah mereka dapat didiagnoskan dengan sahih mengidap penyakit ini. (4) Lihat Kesukaran Diagnosis (English). | |||||
Jenis-jenis Scleroderma |
|||||
Terdapat dua jenis utama penyakit Scleroderma, iaitu "Localized" dan "Systemic". Jenis "localized" pula dipecahkan kepada dua jenis iaitu "Morphea" dan "Linear". Jenis ini hanya menyerang kulit (kadangkala tissu di bawah kulit) tetapi tidak menyerang lain-lain organ di dalam badan. Lihat Jenis-jenis Scleroderma (English). | |||||
Jenis "Systemic" Scleroderma |
|||||
Jenis "Systemic" pula menyebabkan "fibrosis" (scar tissue) berlaku pada kulit dan/atau organ-organ di dalam badan. "Fibrosis" akan menyebabkan kulit dan organ-organ yang kena serangan penyakit ini menjadi keras. Keganjilan ini menyebabkan penyakit Scleroderma lebih popular di kenali sebagai "penyakit yang mengubah manusia menjadi batu". | |||||
Punca-punca Scleroderma |
|||||
Punca-punca yang menyebabkan penyakit Scleroderma masih belum diketahui hingga hari ini. Ada beberapa kes Scleroderma disahkan berlaku kerana pesakit telah terdedah kepada bahan kimia. Genetik, 'fetal cells" dan Virus mungkin juga menjadi penyebab kepada meningkatnya jumlah pesakit Scleroderma. Lihat Punca-punca Scleroderma (English). | |||||
Tidak berjangkit atau Cancerous |
|||||
Scleroderma tidak diklasifikasikan sebagai penyakit mudah berjangkit (contagious) (1). Ini bermakna anda tidk akan mendapat penyakit Scleroderma dengn berjabat tangan, berdakap, mengadakan hubungan seksual, berkongsi utensil makan, batuk atau selsema. Ianya juga bukan sejenis kanser. (1) | |||||
Simptom dan Rawatan |
|||||
Pada masa ini tidak ada jenis rawatan
sahih yang boleh menyembuhkan penyakit Scleroderma. Bagaimanapun,
terdapat rawatan terapi yang efektif bagi mengubati simptom-simptom
(tanda/pertanda penyakit) bagi penyakit Scleroderma. Kebanyakan simptom
yang disenaraikan dalam web ini adalah daripada jenis "Diffuse
Scleroderma". Lihat kekunci "Medical" (English).
|
HEALTH CORNER* UNIUK KESIHATAN BUAH PINGGANG* MINUMAN BOTANI TONIK BUAH PINGGANG* MINUMAN HERBA YANG TERPILIH* نصائح ذهبية للحفاظ على سلامة الكليتين .. Botanical Beverage-
Adverse Drug Reaction
Selasa, 9 Oktober 2012
Scleroderma
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan